1. PENGENALAN
Proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia
melibatkan banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran,
pendekatan, kaedah satu teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru.
Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan faktor situasi,
persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses
pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak
iaitu murid dan guru.oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi
keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira.
Kurangnya
kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi
punca masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif
pengajaran, sekaligus dianggap kurang berkesan.kelemahan ini akan
mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia akan memberi kesan negatif
terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah ini tidak
ditangani, ia akan menjejeskan matlamat utama sistem pendidikan untuk
melahirkan generasi yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani.
Justeru,
untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan dalam
pengajaran, seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang
perguruan.Terdapat 3 langkah yang perlu diambil iaitu:
1)Langkah pertama: MENGENALPASTI MASALAH
-Murid-murid kurang faham isi pelajaran.
-Sukar mengingati fakta penting.
-Kurang tumpu perhatian
-Menunjukkan sikap kurang minat belajar.
2)Langkah kedua: MENCARI PUNCA MASALAH.
Murid
keliru, tidak faham dan tidak dapat mengaitkan isi pelajaran yang telah
dipelajari dengan yang baru dipelajari kerana maklumat yang diterima
tidak teratur dan tersusun.
Murid-murid
tidak memperolehi maklumat yang jelas ketika sesi awal pembelajaran
mengenai satu-satu topik.akhirnya, agak sukar bagi mereka untuk
mengikuti pelajaran yang seterusnya serta tidak boleh mengingati
fakta-fakta penting dalam tajuk tersebut.
Murid-murid
tidak mampu membezakan jenis rangsangan yang perlu diutamakan.
Kesannya, mereka kurang tumpuan ke arah sesi pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung. Kurangnya motivasi dalam aktiviti pembelajaran juga
menyebabkan murid-murid tidak minat terhadap apa yang disampaikan guru.
3)Langkah ketiga: CADANGAN MENYELESAIKAN MASALAH.
Secara
umumnya, empat masalah utama yang dihadapi cikgu dalam pengajarannya
boleh diatasi dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut:
i)Pengaplikasian teori-teori yang sesuai dalam pengajaran.
ii)Menekankan proses pengajaran dan pembelajaran secara peringkat-peringkatnya.
iii)Memilih strategi pengajaran dan bembelajaran yang sesuai dengan situasi murid.
Ketiga-tiga
aspek tersebut akan dibiancangkan secara terperinci pada bahagian
seterusnya yang didahului dengan penjelasan konsep pengajaran dan
pembelajaran secara umum.
2. KONSEP PENGAJARAN
Pengajaran
merupakan satu proses yang melibatkan system aktiviti –aktiviti yang
ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah
laku dikalangan mereka.Proses pengajaran merangkumi
perancangan,pengelolaan,penyampaian,bimbingan dan penilaian.Kesemua
langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan
berkesan.
Manakala
bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru
perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian
merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya.Antara
perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak
diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap.Pengajaran bermaksud aktiviti
yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya melalui
kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran murid-murid.
3. CIRI-CIRI PENGAJARAN
Pengajaran
juga membawa makna pencapaian atau tugasan.Proses pengajaran melibatkan
dua pihak iaitu guru dan murid.Pengajaran, selain daripada guru dan
murid,meliputi rancangan mengajar,objektif pelajaran,tempat belajar,alat
Bantu mengajar serta strategi,kaedah dan teknik mengajar. Di dalam
aktiviti pengajaran,guru memainkan peranan sebagai pengajaran dan murid
memainkan peranan sebagai pelajar.Aktiviti yang paling rapat dengan
pengajargsi an ialah instruksi (mengajar), diikuti dengan latihan,
indoktrinasi dan akhirnya pelaziman.
4. MODEL-MODEL PENGAJARAN
Dalam
menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk
kepada beberapa model pengajaran.Antara fungsi utamanya ialah sebagai
satu panduan kepada guru bagi menghasilkan satu sessi p&p yang
menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh
mana keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid.Di antara model-model
pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah :
4.1 Model Ekspositori
4.2 Model Pemerosesan Maklumat
4.3 Model inkuiri
4.4 Model Projek
4.1. Model Ekspositori
Ia
bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.Dalam konteks pengajaran
ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran
secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu,kaedah
ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui
penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar
sesuatu.Dalam model ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih
dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan
mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod
mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep,
fakta,hokum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai
untuk peringkat perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi
menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini
guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa
yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar
sahaja.
Contoh:-Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961).
4.2 Model Pemerosesan Maklumat
4.2.1 TEORI PEMEROSESAN MAKLUMAT R.M GAGNE.
-Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi.
-Rangsangan
dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui
deria,selepas itu maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan,kemudian ia
di hantar kepada stor jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak
tindak balas melalui system saraf.
-Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne.
i. Fasa motivasi – Jangkaan
ii. Fasa kefahaman – Pemerhatian –Simpanan Persepsi
iii. Fasa Perolehan – Pengekodan – Simpanan Awal
iv. Fasa Penahanan – Penyimpanan – Stor Ingatan
v. Fasa Ingatan Kembali – Mengingat Kembali – Mencari
vi. Fasa Generalisasi – Pindahan
vii. Fasa Prestasi – Gerak balas
viii. Fasa Maklum balas – Peneguhan
LAPAN JENIS PEMBELAJARAN UNTUK MEMPEROLEHI MAKLUMAT:
Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks:
1)Pembelajaran Melalui isyarat
-Berbentuk primitif.
Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.
2)Pembelajaran stimuli-tindak balas
-Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu.
Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya.
3)Pembelajaran Melalui Rantaian
-Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.
Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan .
4)Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal
-Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.
Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.
5)Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.
-Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.
Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak,bela.
6)Pembelajaran konsep
-Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan symbol berdasarkan cirri-ciri yang sama.
Contohnya:Beg,buah-buahan,buku.
7)Pembelajaran prinsip.
-Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.
Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.
8)Pembelajaran penyelesaian masalah
-Merupakan
pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian
masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.
Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik.
4.2.2 MODEL TABA
A. Menekankan pembentukan Konsep;konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan
bahan-bahan pengajaran dalam suatu sisitem yang sesuai.
B. Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu:
1)Peringkat penyusunan data
Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan cirri-ciri persamaan dan perbezaannya.
2)Peringkat membentuk konsep
Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.
3)Peringkat membentuk hukum
Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibentuk dalam peringkat 2.
4)Peringkat aplikasi
-Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.
4.2.3 MODEL INKUIRI
1. Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat.
2.
Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk
soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian
dan akhir sekali membuat rumusan.
Contoh:
a)Model Inkuiri Sains (Model Dewey)
-digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains.
-berlandaskan kepada 5 langkah:
i. MENGENAL PASTI MASALAH
ii. MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN
iii. MEMBUAT HIPOTESIS
iv. MENGUJI HIPOTESIS
v. MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN
b)Model Inkuiri Sosial
- Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.
- Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik.
- Merangkumi 6 langkah:
i. PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU
ii. PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURID
iii. PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESIS
iv MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS
v. MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS
vi. MEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN
c) Model Inkuiri Jurispudential- Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu.Ia juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.
Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.
Terbahagi kepada 2: -
Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.
Terbahagi kepada 2: -
i)-Inkuiri Terbimbing
- Melalui bimbingan guru
- Sesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah.
ii)-Inkuiri Terbuka
- Tidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan olehmurid sendiri.
- Sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.
iii)Inkuiri Suchman
Berlandaskan
andaian bahawa strategi –strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh
juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran
sekolah,khasnya mata pelajaran sains.
d) Model Projek
-Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965).
-Menekan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang.
-Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian luar dan lawatan.
4.2.4 Model PengajaranASSURE
A- Analyse learner (analisis pelajar)-
(1) Ciri umum; umur, tahap, latarbelakag sosioekonomi
(2) kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada
(3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik
S- State Objective (nyatakan obj)-
(1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd P&P
(2) fokus kpd pengetahuan, kemahiran dan sikap yg baru utk dipelajari.
S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi, demostrasi, latihan tubi. Media; kreteria-
(1) sepadan dgn kurikulum
(2) maklumat tpt/tkini
(3) bahasa jelas
(4) tarik minat/cetus motivasi
(5) galak plibatan pelajar
(6) kualiti teknikal
(7) terbukti keberkesanan
(8) ada panduan untuk digunakan. Reka bentuk Bahan; ambil kira;
- objektif
- pelajar
- kos
- kepakaran teknikal
- peralatan
- fasiliti
- masa
.
U- Utilise Media & materials (guna media, bahan);
(1)prebiu bahan
(2) sediakan bahan
(3) sediakan persekitaran
(4) sedikn plajar
(5) sedia pengalaman pembelajaran.
R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); latihan, kuiz, projek
E-Evaluate and revise (nilai dan semak)-
(1) nilai pencapaian pelajar
(2) pembelajaran yd terhasil
(3) media/kaedah
(4) penggunaan guru
(5) penggunaan murid.
5. KONSEP PEMBELAJARAN
Pembelajaran
merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara
berterusan.Ia berlaku dalam diri seseorang sejak dia
dilahirkan.(Kamaruddin Hj.Husin,hal. 93).Proses pembelajaran melibatkan
pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan
perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh kebiasaan,pengetahuan
dan sikap yang positif.
Pembelajaran
biasanya diertikan sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil
disebabkan oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan.
Proses
pembelajaran bukan disebabkan oleh factor kematangan atau factor-faktor
perubahan konstitusi badsan. Sebarang penggunaan tenaga untuk
pembelajaran bahan baru dan penyelesaian sesuatu masalah boleh dianggap
sebagai sebahagian dsripada prosese pembelajaran.
Ciri-ciri pembelajaran :
-Ia adalah proses yang berterusan.
-Ia boleh berlaku secara disedari atau tidak disedari.
-Ia melalui Proses Pembelajaran seperti :
1. Rangsangan dan persekitaran
(guru, buku, ibu bapa, rakan, filem)
2. Rangsangan sesuai dipilih oleh organ deria.
(rangsangan positif dan bermakna)
3. Rangsangan diproses dalam otak untuk diberi makna dan diterima.
(pemikiran dan pengalaman, pemikiran refleksi, analisis, dan penilaian)
4. Pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.
(diterima dan kekal dalam ingatan untuk dipanggil semula)
5. Mengamalkan pengalaman atau pengetahuan baru dalam suatu situasi yang sesuai dan
sepadan.
(pemindahan pelajaran dalam situasi yang sama).
6. Perubahan tingkah laku.
(pembelajaran sebenar)
Model Personal
Model pembelajaran ini bertitik tolak dari pandangan dalam teori belajar Humanistik. Model ini berorientasi pada individu dan pengembangan diri (self).
Titik beratnya pada pembentukan pribadi individu dan mengorganisasi
realitanya yang rumit. Perhatiannya terutama tertuju pada kehidupan
emosional perorangan, yang diharapkan membantu individu untuk
mengembangkan hubungan yang produktif dengan lingkungannya, dan
menjadikannya sebagai pribadi yang mampu membentuk hubungan-hubungan
dengan pribadi lain dalam konteks yang lebih luas serta mampu memproses
informasi secara efektif. Sasaran utama model pembelajaran itu adalah
pengembangan pribadi atau kemampuan pribadi.
Model pembelajaran personal terdiri dari 4 jenis strategi pembelajaran, ialah
- Pengajaran non direktif; Bertujuan untuk membentuk kemampuan dan perkembangan pribadi yakni kesadaran diri (self awareness), pemahaman (understanding), otonomi, dan konsep diri (self concept).
- Latihan kesadaran; Bertujuan untuk meningkatkan kemampuan sel exploration and self awareness. Titik beratnya pada perkembangan interpersonal awareness and understanding and body and sensory awareness.
- Sinektik; Bertujuan untuk mengembangkan kreativitas pribadi dan pemecahan masalah secara kreatif.
- Sistem konseptual; Bertujuan untuk meningkatkan kompleksitas dasar pribadi yang luwes.
No comments:
Post a Comment