Apa dia pengajaran?
Pengajaran
ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru
dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik
dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil
inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai
kemahiran yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?
- guru dan murid,
- guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
- hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
- melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
- melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
- ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
- boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
- meliputi rancangan mengajar (KOPI),
- proses yang melibatkan interaksi dua hala,
- ada unsur sains dan seni.
Apa dia pembelajaran?
Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan
“perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan,
tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran :
- Satu proses yang berterusan,
- Secara formal dan tak formal,
- Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,
- Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
- Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
- Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.
No comments:
Post a Comment